Thursday, 25 August 2011

di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung

Kali ini nak coret-coret santai dan entri ni tah apa-apa tah..

Suatu ketika, saya pernah terdampar di Buloh Kasap, Segamat. Pernah dengar? Dalam cerita P.Ramlee?? Ha ha ha.. Tempat tu memang benar-benar wujud. Tak percaya? Google..

Hidup di sana larat dengan kisah suka dan duka. Nak kongsikan yang suka-suka jer. Biarlah yang duka tu simpan rapi dalam memori. Tak mahu simpan dalam hati. Sakit, pedih menghiris.

Antara yang best di sana adalah Durian Segamat. Keenakan rasanya sampi bila-bila tak bole lupa. Kalau di bumi Perak ni, yang terkenal adalah durian Kg. Kurau (betul ker??). Durian Segamat lagi best. Tak leh nak gambarkan keenakannya. Sudah hampir 4 tahun pulang ke Perak pun, saya masih merindui rasa durian segamat.

Saya tak punya ramai kawan di sana, sebab saya memilih. Tak salahkan memilih kawan. Berkawan dengan tukang besi, akan terkena percikan apinya, berkawan dengan penjual minyak wangi, dapat wangiannya.. berkawan dengan penjual tudung, dapat tudung updated.. berkawan dengan tukang masak, kenyang la perut.... 

Junainah Idris
 
Antara yang saya sayang, si JUNAINAH IDRIS.. Masa practis dulu, kurus melidi. Time angin kuat di segamat, mcm nak diterbangkan angin jer (jangan marah jun).. Sekali tengok gambar-gambar dia sekarang, fullamak.. cun melecun.

Kami selalu melepak di marrybrown. Berjam-jam duduk di sana. Duduk bukan membuang masa dengan borak-borak kosong tau. Kami bawak fail contested dan merangka-rangka afidavit, kekadang hujahan. Suasana marrybown tu best. Mencurah-curah idea datang. Mana tak nye - duduk atas buaian yang diikat di dahan pokok.. (tak jumpe lagi la restoran berkonsepkan taman di Ipoh)..

Hairul Iswandy
Sorang lagi HAIRUL ISWANDY. Berasal dari Sarawak. Saya pernah cakap yang mukanya macam muka kartun MOI. Sentiasa smart dan sayang kucing.. Hairul tak lama di Segamat.. Selepas balik Ipoh ada la jumpa dia sekali. Agak-agaknya, Hairul ingat lagi tak mee kicap?
 
Ebrina & Lin
EBRINA ZUBIR mesra dengan panggilan Ebby. Saya belajar drafting accident cases darinya. Tak sempat khatam. Saya masih ingat lagi Yang Arif kata pada Ebby masa majlis farewell Pn Yong Zarida, "Ebrina rupanya awak lebih tinggi dari saya".. Kami gelak sakan. Tak sangka Yang Arif suka mengusik. Resepi cornflakes madu yang saya bagi tu menjadi tak agaknya? Saya sudah tak ingat resepi biskut suji dan biskut makmur yang Ebby bagi tu (maaf yer Ebby).

LIN - masa saya di Segamat, Lin chamby En Daud (Melayu yang saya sangka cina). Saya selalu jeling kancil Lin (mcm nak lawan ADN 6533). Lowered dengan patung n bantal2 hantu itam putih (tak tau lak apa nama hantu tu). Lin ni sebenarnya junior saya di UKM. Sekarang da jadi lady boss - bakal jutawan neh...


Riza, Ng & Siti
Korang... Saya juga rapat dengan Riza, Ng & Siti. Jangan jeles. Kami dulu 1 opis. RIZA mulanya chamby Encik Lawrnee. Pastu sempat kerja 1 opis sebelum saya blah ke Ipoh. Kesian dia kena buli wat litigation (kena layan uncle Tong) pastu kena gak wat conveyancing. Ni pun bakal jutawan Hi-O (Za bersalah nye saya, masih lum amik barang yang saya order tu)..

NG & SITI - saya tak lupe kamu sebab kamu sabar dan tabah layan kerenah saya. Ng kabarnya di S'pore. Siti kerja 1 opis dengan Riza.

Kengkawan lain - Firdaus, Radzi, Mazlida, Fikri - saya masih ingat you all.







 



 

Wednesday, 3 August 2011

Saya Boleh Senyum Sekarang

Entri ini dibuat ketika bunga-bunga dalam taman hati saya kembang mekar dan mengeluarkan haruman yang mengasyikkan.

Suatu ketika dulu, saya amat berat hati apabila dilantik menjadi convenor netball perak bar. Bukan sebab tak reti nak buat pengurusan. Tapi nak dapat kan pemain. Saya terpaksa merayu-rayu minta pemain turun berlatih. Cukup time, saya kecewa kerana yang turun hanya suku je.

Sekarang tidak lagi. Saya sudah boleh senyum kerana pasukan netball dah ada manager yang bagus dan captain yang cemerlang. 

Tinggal lagi saya yang tak dapat beri komitmen sepenuhnya. Tahun lepas (2010), saya ditakdirkan patah tulang kaki dan tak dapat untuk bersama-sama berjuang menentang team Penang. Tahun ini (2011), sekali lagi saya tak dapat bersama team. Allah telah menetapkan yang saya bersalin pada tarikh Tripartite Games berlangsung. Lantas terlepas la jua Penang & Perak Bar Games. Mujurlah sudah tersemat team spirit dalam pasukan. Segala-galanya dapat ditangani dengan mudah hasil kerjasama rakan pasukan.

Kalau dulu team ini boleh dikatakan team belasahan, kini tidak lagi. Persaingan sengit sudah mampu diberikan.

Syabas rakan sepasukan. Teruskan latihan agar kita boleh mengalahkan team lawan yang memandang rendah keupayaan kita.


Tripartite Games (2nd Place)

Penang & Perak Bar Games (lost @ 1 score)

Kakak Captain

Cik Manager



 p/s: saya dah boleh melepaskan jawatan convenor dengan tenang....