Suatu ketika dulu, saya amat berat hati apabila dilantik menjadi convenor netball perak bar. Bukan sebab tak reti nak buat pengurusan. Tapi nak dapat kan pemain. Saya terpaksa merayu-rayu minta pemain turun berlatih. Cukup time, saya kecewa kerana yang turun hanya suku je.
Sekarang tidak lagi. Saya sudah boleh senyum kerana pasukan netball dah ada manager yang bagus dan captain yang cemerlang.
Tinggal lagi saya yang tak dapat beri komitmen sepenuhnya. Tahun lepas (2010), saya ditakdirkan patah tulang kaki dan tak dapat untuk bersama-sama berjuang menentang team Penang. Tahun ini (2011), sekali lagi saya tak dapat bersama team. Allah telah menetapkan yang saya bersalin pada tarikh Tripartite Games berlangsung. Lantas terlepas la jua Penang & Perak Bar Games. Mujurlah sudah tersemat team spirit dalam pasukan. Segala-galanya dapat ditangani dengan mudah hasil kerjasama rakan pasukan.
Kalau dulu team ini boleh dikatakan team belasahan, kini tidak lagi. Persaingan sengit sudah mampu diberikan.
Syabas rakan sepasukan. Teruskan latihan agar kita boleh mengalahkan team lawan yang memandang rendah keupayaan kita.
![]() |
Tripartite Games (2nd Place) |
![]() |
Penang & Perak Bar Games (lost @ 1 score) |
![]() |
Kakak Captain |
![]() |
Cik Manager |
p/s: saya dah boleh melepaskan jawatan convenor dengan tenang....
Kak Ita, saya pun dah boleh jadi supporter (tukang sorak) kat luar padang...=))
ReplyDelete